Thursday, April 27, 2006

Guru antara profesyen yang paling dipercayai

Guru antara profesyen yang paling dipercayai


Laporan akhbar The Star pada 19 April yang lalu [ pautan ] tentang kajian yang dijalankan oleh Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) hasil tinjauan dari 2,074 responden melegakan golongan pendidik.
Integriti terhadap 15 profesyen telah ditinjau dari sudut kepercayaan responden, profesyen guru menduduki tempat kedua selepas doktor sebagai yang paling dipercayai. Tahniah kepada golongan pendidik, marilah bersama kita memartabatkan lagi profesyen mulia ini.