Saturday, August 27, 2005

Ruang Belajar dan Bilik Darjah

LEARNING SPACES

Terdapat pihak yang berpendapat, pendidikan masa depan akan berlaku di luar bilik darjah.  "The future of higher education lies outside the classroom" - Chronicle Higher Ed, circa 1999.  Ianya disandarkan kepada perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menjadi arus perdana dalam pelbagai sektor, termasuk sektor pendidikan.

Bilik darjah yang wujud secara fizikal, dalam lingkungan empat dinding, secara tradisinya adalah ruang belajar formal di mana guru dan pelajar bersemuka.  Kini umum bersetuju bahawa proses pembelajaran tidak semestinya berlaku di dalam bilik darjah, ia boleh berlaku di mana-mana melampaui batas ruang fizikal.  Kehadiran ICT memungkinkan ini berlaku.  Ia telah membuka ruang dan peluang baru untuk kita memikirkan keperluan wujudnya ruang belajar baru - ruang belajar maya.  Ruang belajar yang baru perlu memenuhi keperluan semasa - keperluan generasi yang lahir dan membesar dalam era ledakan maklumat!  Mereka dikenali sebagai 'Generasi Net' atau 'Technology Natives'.

Dalam kesempatan yang akan datang, isu ini akan dibincangkan secara lebih terperinci, insyaAllah.